Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

46) PERUMAHAN DESA SUBANG PERMAI SEKSYEN U6 SHAH ALAM-TURAPAN SEMULA KESELURUHAN JALAN-JALAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang rancangan Kerajaan Negeri (jika ada) untuk menurap semula jalan-jalan di kawasan perumahan tersebut?

    Pihak Majlis memaklumkan tidak menyenaraikan kerja-kerja turapan jalan di sekitar kawasan Seksyen U6, Shah Alam. Walau bagaimanapun pihak Majlis telah menjalankan kerja-kerja turapan jalan, pembaikan longkang dan pembaikan kabel lampu jalan di sekitar Seksyen U5 dan juga Seksyen U9.

    Permohonan bagi kerja-kerja pembaikan jalan, longkang dan lampu jalan bagi tahun 2021 boleh diserahkan kepada pihak Majlis untuk dipertimbangkan berdasarkan peruntukan yang akan diperolehi.

Lampiran

Tiada Lampiran.