Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

244) PERUMAHAN EXCO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan segera kerajaan negeri untuk memanfaatkan kemudahan perumahan EXCO ini selaras dengan teguran audit?

    Berhubung dengan tindakan segera kerajaan negeri untuk memanfaatkan kemudahan perumahan EXCO ini selaras dengan teguran audit adalah dengan memutuskan untuk menyerahkan kunci rumah EXCO kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membolehkan ahli MMKN mendudukinya melalui keputusan MMKN pada 12 Jun 2013. Seterusnya, segala bentuk penyelenggaraan juga dilaksanakan bagi menyelenggara rumah-rumah EXCO yang mengalami kerosakan dengan membuka sebut harga dan perlantikan kontraktor seperti dimaklumkan di dalam Laporan Audit serta pemotongan bayaran kepada kontraktor yang gagal melaksanakan

    penyelenggaraan seperti dipersetujui dalam perjanjian kontrak. Bagi Aset Alih pula, semua aset tersebut telah didaftarkan dan terdapat aset yang dikeluarkan dari tempat asal seperti diletakkan di pejabat ahli MMKN akan ditempatkan semula di rumah EXCO.

Lampiran

Tiada Lampiran.