Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

346) PERUMAHAN GENERASI KEDUA DI FELDA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi membina perumahan generasi kedua di FELDA, terutama di Hulu Bernam.

    Kerajaan Negeri telah merancang untuk menyediakan rumah kediaman bagi generasi kedua Felda. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti tanah milik Kerajaan Negeri (Plot A) dengan keluasan lebih kurang 20 ekar di Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor. Kertas cadangan pelan pembangunan bagi perumahan tersebut sedang disediakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.