Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

144) PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan projek tersebut?

    Serahan tapak kepada Kontraktor yang dilantik telah dibuat pada 30 September 2016. Kelulusan pelan bangunan bagi pembinaan 136 unit Rumah Berkembar Satu Tingkat (30’ x 70’) tersebut telah diperolehi pada 10 Januari 2018.

    Kemajuan kerja fizikal di tapak sehingga 20 Ogos 2018 adalah telah mencapai 58%. Kerja-kerja pembinaan struktur bangunan rumah hampir siap 100% manakala bagi kerja-kerja arkitek telah dimulakan dan mencapai kemajuan sehingga 30%. Projek dijangka dapat disiapkan pada 29.03.2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.