Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

122) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Permintaan untuk membeli rumah sendiri meningkat. Tetapi harga pasaran tidak mengizinkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk membelinya. Empat kawasan di DUN Bukit Melawati telah dikenal pasti dan cadangan telah diberi untuk Perumahan Kos Rendah di: 1. Kg. Tanjung Keramat 2. Kg Teluk Piah 3. Ldg Sungai Rambai - (Termasuk tanah 6 ekar utk Sekolah Tamil) 4. Ldg Kuala Selangor Bukit Rotan - (Termasuk tanah 6 ekar untuk Sekolah Tamil). Bolehkah Kerajaan Selangor mengarahkan jabatan-jabatan / badan-badan berkenaan untuk ambil tindakan sewajarnya ?

    Semakan yang telah dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mendapati belum ada pemilik tanah atau pemaju yang membuat cadangan pembangunan rumah kos rendah di tempat-tempat yang dinyatakan. Sekiranya ada permohonan pembangunan yang melebihi 10 ekar oleh pemilik tanah atau pemaju, Kerajaan Negeri telah menetapkan Dasar Pembangunan Tanah yang menentukan komposisi pembangunan bagi luar kawasan Lembah Klang ialah 20% rumah kos rendah, 10% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana. Oleh demikian, pemilik tanah atau pemaju yang membangunkan sesebuah kawasan yang tertakluk kepada syarat ini akan dikehendaki membina rumah kos rendah untuk ditawarkan kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

    Manakala bagi kawasan ladang yang hendak dibangunkan Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar bahawa pemilik tanah hendaklah menyelesaikan terlebih dahulu masalah perumahan penduduk di ladang-ladang berkenaan yang mana disyaratkan membina rumah kos rendah untuk ditawarkan kepada penduduk pada harga RM35,000.00 seunit.

Lampiran

Tiada Lampiran.