Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

65) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membina rumah kos rendah PPR di DUN Ijok?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri masih tiada perancangan di dalam menyediakan / membangunkan projek PPR di DUN Ijok di atas tanah-tanah kerajaan. Manakala bagi tanah hakmilik swasta / individu pula, sehingga kini masih belum terdapat pemilik tanah / pemaju swasta yang mengemukakan sebarang permohonan bagi pembangunan perumahan.

     

    Namun begitu, terdapat sebanyak 2 projek Rumah Selangorku Jenis A yang dibangunkan oleh pihak swasta yang mengandungi 114 unit berharga RM42,000.00 dengan keluasan 700 kaki persegi yang dalam perancangan di DUN Ijok seperti berikut :

     

    BIL. PEMAJU LOKASI PROJEK BILANGAN UNIT
    1. Elmina Equestrian Sdn. Bhd. Di Atas Lot 38726 Dan 38727, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor 69
    2. Perfect Eagle Development Sdn. Bhd. HS(D) 23278 PT 21746 dan HS(D) 23277 PT 21745 Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor 45
    JUMLAH   114

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.