Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

115) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perbezaan dan naik taraf kualiti yang membezakan antara rumah mampu milik dan rumah kos rendah ?

    Perumahan Mampu Milik Selangor Konsep Baru yang diperkenalkan adalah sangat berbeza dengan penyediaan rumah kos rendah. Ini kerana matlamat utama pelaksanaan projek rumah mampu milik ini adalah untuk memenuhi keperluan penyediaan kediaman bagi golongan berpendapatan sederhana yang berpendapatan di antara RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan. Manakala penyediaan rumah kos rendah adalah untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500.

    Sebagai langkah permulaan, konsep asas perumahan mampu milik akan menerapkan perkara berikut:

    1. Anggaran harga jualan antara RM85,000 – RM120,000.
    2. Keluasan rumah 850 – 1,000 kaki persegi
    3. . Reka bentuk terkini seperti konsep ‘green building’.
    4. Mengambil kira aspek kemampanan dari segi binaan dan persekitaran.
    5. Penyediaan kemudahan yang bersesuaian dan mencukupi termasuk untuk warga emas dan OKU.
    6. Kos penyelenggaraan yang murah.
    7. Kepelbagaian jenis rumah dalam satu blok bangunan (1 bilik, 2 bilik, 3 bilik, 4 bilik).
    8. Kos penyelenggaraan yang murah.
    9. Perolehan keuntungan pemaju tidak melebihi 10%.

    Penambahbaikkan konsep ini akan dibuat sebaik sahaja Kajian Menyeluruh Berkenaan Rumah Mampu Milik yang sedang dijalankan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Unit Perundingan Universiti Malaya yang dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.