Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

160) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penghuraian Exco Perumahan tentang pecahan pembinaan perumahan mampu milik mengikut daerah

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mulai tahun 2010 sehingga 28 Februari 2015, terdapat sebanyak 81 projek cadangan perumahan mampu milik dan Rumah Selangorku yang melibatkan 32,659 unit telah dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Bilangan pembangunan ini adalah mengikut dasar terdahulu yang telah diluluskan dan Dasar Rumah Selangorku mengikut pecahan projek seperti berikut: 

    BIL. DAERAH BIL. PROJEK BIL. UNIT
    1. Hulu Langat 22 5,608
    2. Petaling 21 9,987
    3. Gombak 9 3,006
    4. Klang 8 3,700
    5. Kuala Selangor 8 2,743
    6. Sepang 7 3,324
    7. Kuala Langat 3 4,082
    8. Hulu Selangor 3 209
    9. Sabak Bernam
    JUMLAH 81 32,659
    Nota : Jumlah unit ini adalah merupakan jumlah anggaran berdasarkan cadangan atau kelulusan sedia ada tanpa melibatkan pindaan terhadap pelan pembangunan yang diluluskan

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.