Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

39) PERUMAHAN (MASALAH PENEMPATAN SETINGGAN)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kita menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Jawatankuasa Khas ke arah menyelesaikan masalah pemindahan setinggan di Bukit Botak, Selayang yang telah berlarutan begitu lama. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat menjamin laporan Jawatankuasa Khas ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak ditubuhkan bertujuan unit menyelaras segala
    kerja-kerja berkaitan dengan permasalahan penempatan peneroka Bandar Bukit Botak
    seperti bancian senarai nama penyelewengan dan sebagainya. Antara lain tugas
    Jawatankuasa ini ialah :
    1) Menyemak senarai nama peneroka
    2) Melakukan siasatan jika terdapat aduan-aduan penyelewengan
    3) Mengenal pasti nama-nama yang tercicir daripada senarai yang telah di banci
    4) Memanggil senarai nama yang tercicir untuk ditemu duga
    Laporan Jawatankuasa Pemutihan ini akan dibentangkan kepada Kerajaan dalam
    jangka masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.