Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

161) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara.

    Untuk makluman semua Yang Berhormat, tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju yang terlibat dengan projek terbengkalai adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta 118 dan ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

     

    Ini selaras dengan S. 11(1)(a), (b), atau (c) Akta 118 di mana Menteri diberi kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan atau tindakan pembetulan ‘corrective’ untuk mengarahkan supaya seseorang dilantik atau dia sendiri melantik seseorang untuk menasihati pemaju dalam menjalankan perniagaannya atau mengarahkan suatu syarikat untuk mengambil kawalan dan menjalankan perniagaan pemaju yang bermasalah dengan terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri.

     

    Di samping itu, Menteri juga mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemaju yang berkenaan mengambil langkah yang difikirkan perlu untuk membetulkan sesuatu perkara.

     

    Kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh menteri di bawah perenggan 11(1)(a), (b), atau (c) Akta 118 maka mengikut S. 19 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118),  jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang dari lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

     

    Walau bagaimanapun, pada masa ini Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan nama pengarah-pengarah syarikat pemaju yang terlibat dengan projek terbengkalai melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah

    seluruh Selangor termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namanama yang telah disenaraihitamkan tersebut tidak akan dibenarkan menjalankan sebarang projek di Negeri Selangor walaupun memiliki syer di bawah syarikat pemaju yang lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.