Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

136) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa telah
    mengambil tindakan ke atas pemaju perumahan yang projeknya terbengkalai di mana
    nama-nama Lembaga Pengarah yang diperoleh daripada SSM yang disenaraihitamkan
    dan diedarkan kepada semua PBT di samping dipaparkan dalam laman web bagi
    membantu pembeli mengetahui kredibiliti pemaju projek perumahan yang mereka
    berhasrat untuk membeli. Di samping itu nama-nama yang disenaraihitamkan tidak akan
    dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor walaupun
    memiliki syer di bawah syarikat pemaju yang lain termasuk membuat permohonan untuk
    pembangunan tanah. Kerajaan Negeri juga sebagai tindakan terakhir akan mengambil
    tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukkan di bawah Kanun
    Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan
    pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap
    hartanah mereka terjamin.

Lampiran

Tiada Lampiran.