Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

36) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri untuk membantu pembeli-pembeli rumah di projek terbengkalai yang terlalu banyak di Negeri Selangor?

    Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui peranjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke mahkamah. Begitu juga keadaannya apabila pembeli-pembeli rumah mereka terbengkalai. Kerajaan Negeri tidak mempunyailocus standi’ untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun pembeli boleh merujuk kes mereka ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalandan Pelesenan) 1989.

    Akta ini telah memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melantik syarikat baru mengambil alih pemaju perumahan yang tidak memenuhi obligasi tanpa merujuk kepada Menteri Kewangan terlebih dahulu (subseksyen 11 (1) (c) Akta 118).

    Walau bagaimanapun di atas keprihatinan Kerajaan Negeri beberapa langkah telah dilaksanakan melalui Lembaga Perumahandan Hartanah Selangor (LPHS) bagi membantu mereka ke arah memahami situasi yang berlaku dan dalam kes-kes tertentu bertindak sebagai pemudah cara dalam menasihati mereka bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

     

    Langkah-Iangkah tersebut adalah seperti berikut :

    1) Perbincangan Pemulihan Proiek
    Perbincangan bagi setiap projek terbengkalai perlu dilakukan melalui
    perbincangan dengan Pihak BerkuasaTempatan yang berkaitan, Jawatankuasa Pembeli, Jabatan Teknikal, KPKT dan pihak yang terlibat secara langsung. Sekiranya melibatkan masalah keperluan jabatan teknikal maka perbincangan dengan jabatan-jabatan terbabit dibuat bagi membantu mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

    2) Svarikat Yang Telah Digulunakan
    Bagi pemaju-pemaju yang sedang dalam proses atau telah digulung, perbincangan dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia akan diaturkan dari
    masa ke semasa untuk menyemak sama ada Lembaga Perumahan dan
    Hartanah Selangor (LPHS) boleh mencadangkan mana-mana ‘liquidator’/Pegawai Penerima yang berwibawa bagi mempercepatkan pemulihan semula projek terbengkalai. Bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘liquidator’/Pegawai Penerima pula perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

    3) Masalah Kewangan
    LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat
    pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat keputusan.

     

    4) Pemulihan Oleh Pembeli
    Sekiranya pembeli bersetuju untuk memulihkan sendiri projek dan meneruskan projek sehingga siap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta membantu sehingga Sijil Layak Menduduki (CF) diperolehi dan pengeluaran baki wang pinjaman boleh dikeluarkan kepada pembeli. Bagi kaedah-kaedah di atas persetujuan perlu diperolehi daripada sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli.

    5) Pengeluaran Surat Pengesahan Proiek Terbengkalai
    Pengeluaran surat pengesahan projek terbengkalai yang melibatkan projek yang tidak berdaftar di bawah KPKT bagi tujuan membantu pembeli untuk menstruktur semula pinjaman mereka dengan pembiaya (bank) supaya dapat mengurangkan beban sedia ada.

    6) Melantik Juru ukur Bahan Bagi Menilai Kos Pemulihan Proiek
    Melantik juru ukur bahan untuk mendapatkan baki nilai sebenar kos untuk
    menyiapkan projek terbengkalai terbabit bagi menentukan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli untuk menyiapkan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.