Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?

    Penempatan semula bekas pekerja-pekerja ladang di Putrajaya telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan dan Kemudahan Infrastruktur bertarikh 22.1.1997. Perbadanan Putrajaya telah dilantik sebagai agensi pelaksana manakala Putrajaya Holding adalah sebagai pemaju yang melantik kontraktor secara `turnkey’. Kerajaan Negeri Selangor pula menyediakan tapak bagi pembangunan tersebut.

     

    Pembangunan projek tersebut telah disiapkan dan C.F. telah diperoleh daripada Majlis Daerah Sepang pada 27.1.1999. (Lampiran disertakan).

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 26.11.1997 telah bersetuju PNSB  dilantik sebagai agen untuk menguruskan penjualan unit-unit rumah tersebut bagi pihak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS).

     

    Bagi jajaran paip gas pula, keputusan telah dibuat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Putrajaya bertarikh 27.10.1997 supaya Petronas Gas Berhad mengalih dan menjajar semula paip gas tersebut di dalam  rizabnya dan menanggung segala kos yang berkaitan.

Lampiran

49.jpg