Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

238) PERUMAHAN PPA1M DAN PR1MA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kelebihan yang diberikan kepada PPA1M dan PR1MA berbanding syarikat swasta dan GLC Negeri Selangor?

     

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, semua projek-projek perumahan yang dijalankan sama ada ianya terdiri dari pihak swasta atau GLC Negeri Selangor ataupun Persekutuan adalah tertakluk kepada dasar-dasar semasa yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri seperti Dasar Perumahan Mampu Milik

    Negeri Selangor, Dasar Pembangunan Berasaskan „Transit Oriented Development‟ (TOD), Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan dan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor serta lainlain dasar berkaitan bagi menggalakkan dan memperbanyakkan lagi rumah mampu milik di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, syarat-syarat yang dikenakan ke atas projek-projek PPA1M dan PR1MA yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor adalah sama seperti projek-projek yang dijalankan oleh pihak swasta dan GLC Negeri Selangor.

    Namun begitu, bagi tujuan untuk menggalakkan dan memperbanyakkan lagi perumahan mampu milik di Negeri Selangor beberapa insentif telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu,

    1. Membenarkan peningkatan densiti pembangunan di antara 90 unit / ekar sehingga 120 unit / ekar tertakluk kepada zon pembangunan dengan mengambilkira kesesuaian lokasi / tapak cadangan, kemudahan infrastruktur seperti jalan keluar masuk (keperluan Laporan “Traffic Impact Assessement” (TIA) dan keperluan mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh PBT. Bagi peningkatan densiti ini dibenarkan kepada projek-projek PR1MA dan PPA1M dengan syarat 20% – 40% disediakan dengan Rumah Selangorku.
    2. Menyediakan „One Stop Centre‟ di LPHS melalui Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku bagi semua projek PR1MA dan PPA1M sebelum permohonan pelan-pelan pembangunan dikemukakan kepada PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.