Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

244) PERUMAHAN PPR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dilaporkan bahawa Kerajaan Pusat ada memperuntukkan sebanyak RM 200 juta bagi memperbaiki semua PPR (Projek Perumahan Rakyat) di seluruh negara . Daripada jumlah ini berapa banyak diperuntukkan untuk memperbaiki PPR di Selangor dan khususnya berapa peruntukkan yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membaik pulih PPR Kota Damansara Seksyen 8 dan PPR Lembah Subang

    Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Fasa 1, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi kerja-kerja membaiki kerosakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Sebanyak RM23,494,020.59 daripada peruntukan tersebut akan digunakan untuk membaiki kerosakan unit rumah kosong, lif dan sistem elektrik di PPR Lembah Subang 1. Lantikan kontraktor dilakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan kerja-kerja pembaikan juga sedang dijalankan oleh kontraktor. Butiran peruntukan kos kerja-kerja pembaikan dan senarai kontraktor adalah seperti berikut :-

     

    Bil. Nama Pakej Peruntukan/

    Blok

    Nama Kontraktor Jumlah Peruntukan (RM)
    1. Pakej A (Blok A,B dan C) Wiraman Network Sdn. Bhd. 7,228,615.24
    2. Pakej B (Blok D,E dan F) Bina Hasim Sdn. Bhd. 9,310,309.39
    3. Pakej C (Blok C, G dan H) Limpahan Usahasama Sdn. Bhd. 6,955,095.96
      Jumlah Keseluruhan Peruntukan 23,494,020.59

     

    Pengagihan peruntukan mengikut blok dan kontraktor dibuat  berdasarkan kerosakan yang ditentukan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). PPR Kota Damansara, Seksyen 8 tidak disenaraikan dalam peruntukan pakej rangsangan ini kerana bangunan tersebut tidak dikawal selia oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan projek dibina melalui peruntukan Yayasan Perumahan Untuk Termiskin (YPUT) di bawah Bank Negara, Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.