Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

121) PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penyediaan perumahan yang selesa dan mampu milik adalah keutamaan dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri. Apakah status penyediaan perumahan kos rendah, sederhana dan mewah mengikut daerah dan adakah ia mencukupi?

    Penyediaan rumah yang sempurna dan selesa kepada semua rakyat Negeri Selangor
    merupakan salah satu matlamat utama Kerajaan Negeri Selangor. Untuk itu,
    berdasarkan unjuran yang dibuat melalui Laporan Blue Print Perumahan Negeri
    Selangor, dari tempoh tahun 2004 sehingga tahun 2014 dianggarkan sebanyak 345,215
    unit rumah yang terdiri daripada pelbagai jenis diperlukan di Negeri Selangor.
    Untuk makluman Yang Berhormat daripada jumlah tersebut, sebanyak 93,995 unit
    adalah terdiri daripada rumah kos rendah, 128,203 unit rumah kos sederhana dan
    123,017 unit rumah kos tinggi. Pecahan jenis rumah yang diperlukan mengikut jenis dan
    daerah adalah seperti berikut:
    Bil. Daerah Rumah Kos
    Rendah
    Rumah Kos
    Sederhana
    Rumah Kos
    Tinggi
    Jumlah
    1. Gombak 10,558 16,303 10,629 37,490
    2. Petaling 34,445 42,354 21,036 97,835
    3. Hulu Langat 9,720 13,753 8,137 31,610
    4. Klang 14,022 22,126 9,037 45,185
    5. Kuala Selangor 5,146 6,862 5,146 17,154
    6. Sabak Bernam 1,583 2,110 1,583
    5,276
    7. Hulu Selangor 6,934 9,245 6,934 23,113
    8. Sepang 8,106 10,808 8,106 27,020
    9. Kuala Langat 3,481 4,642 52,409 60,532
    Jumlah 93,995 128,203 123,017 345,215
    Bagi penyediaan perumahan untuk tempoh sehingga Oktober 2009 sebanyak 106,133
    unit daripada pelbagai jenis telah siap dibina mahupun di peringkat pembinaan.
    Pecahan jenis rumah tersebut mengikut jenis dan daerah adalah seperti berikut:

    Bil. Daerah Rumah Kos
    Rendah
    Rumah Kos
    Sederhana
    Rumah Kos
    Tinggi
    Jumlah
    1. Gombak 1,324 662 3,356 5,342
    2. Petaling 5,531 24,746 24,351 54,628
    3. Hulu Langat 4,964 6,105 7,276 18,345
    4. Klang 3,474 1,273 2,621 7,368
    5. Kuala Selangor 0 1,849 128 1,977
    6. Sabak Bernam 168 154 524 846
    7. Hulu Selangor 1,676 0 567 2,243
    8. Sepang 564 864 6,033 7,461
    9. Kuala Langat 2,140 727 5,056 7,923
    Jumlah 19,841 36,380 49,912 106,133
    (Sumber: Data Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) dan Pelan Bangunan
    daripada PBT)
    Berdasarkan data yang dikemukakan di atas menunjukkan bahawa peratusan
    penyediaan rumah kos rendah untuk tempoh sehingga Oktober adalah sebanyak 21.1%
    daripada keperluan yang diunjurkan. Bagi rumah kos sederhana adalah sebanyak
    28.4% dan rumah kos tinggi pula sebanyak 40.6% daripada keperluan unit rumah yang
    diunjurkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.