Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

180) PERUMAHAN SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini Rumah Idaman Rakyat Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah pelengkap kepada Rumah Selangorku sediada. Sehingga kini, sebanyak dua (2) projek perintis Rumah Idaman Rakyat Selangor yang diterajui oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimulakan pembinaannya dalam usaha mempelbagaikan penyediaan dan pilihan Perumahan Mampu Milik di Negeri Selangor sebagai pelengkap kepada Rumah Selangorku bagi memenuhi keperluan golongan sasaran B40 & M40.Kedua-dua projek ini kini dalam proses memperoleh kelulusan Kebenaran Pendirian Bangunan (KMB) dan Pelan Bangunan (BP) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seterusnya mendapatkan Permit Menjual dan Pengiklanan (APDL) daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ianya dapat ditawarkan kepada golongan sasaran. Perincian projek tersebut adalah seperti berikut: –

     

    No Pemaju PBT Status Jumlah Unit
    1 Konsortium PNSB Construction MPKj Dalam proses memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) 2,059 Unit
    2 Trans Loyal Development MPKj Dalam proses memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Belum dimuktamadkan
    Jumlah 2,059 unit

     

Lampiran

Tiada Lampiran.