Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

150) PERUMAHAN SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini Rumah Idaman Rakyat Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah pelengkap kepada Rumah Selangorku sediada. Sehingga kini, sebanyak 44,548 unit dengan 23 projek perintis Rumah Idaman Rakyat Selangor yang diterajui oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telah disasar untuk dibangunkan dalam usaha mempelbagaikan penyediaan dan pilihan Perumahan Mampu Milik di Negeri Selangor.

    Sehingga 15 Oktober 2020, sebanyak empat (4) projek Rumah Selangorku Idaman MBI kini berada di fasa pembangunan seperti berikut:-

    Manakala, baki 19 projek dengan jumlah 40,001 unit Rumah Selangorku Idaman MBI telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku Bil. 6/2020 bertarikh 28 Ogos 2020 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato Menteri Besar. Susulan daripada itu, projek-projek tersebut kini dalam proses rundingan teknikal bersama Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan sebelum ianya dimuktamadkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.