Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

135) PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani projek perumahan yang terbengkalai di kawasan DUN Taman Templer?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai di kawasan DUN Taman Templer walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja tetapi kuasa pemulihan ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

    Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan melalui LPHS bagi memastikan usaha pemulihan perumahan terbengkalai dapat disiapkan adalah seperti berikut :

    1. Jawatankuasa Pemulihan    Projek            Terbengkalai           (JPPT)           bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi. Keahlian JPPT (Jawatankuasa Induk) adalah seperti berikut :
    Bil.

     

    Jabatan / Ahli Catatan
    1.

     

    Y.B. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Pengerusi
     2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Ahli Mesyuarat
     

    3.

     

    Pengarah Eksekutif

    Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

    Ahli Mesyuarat
     

    4.

     

    Pembantu EXCO Perumahan Dan Kehidupan

    Bandar

    Ahli Mesyuarat
     5.

     

    Jabatan Kerja Raya Ahli Mesyuarat
    6.

     

    Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Ahli Mesyuarat
     7. Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Ahli Mesyuarat
     8. Pejabat Tanah Dan Daerah Ahli Mesyuarat
     9.

     

    Pihak Berkuasa Tempatan Ahli Mesyuarat
    10.

     

    Panel Juru Ukur Bahan Ahli Mesyuarat
     11. Panel Jurutera Ahli Mesyuarat
     12. Panel Penilaian Ahli Mesyuarat
     13.

     

    Pemaju Ahli Mesyuarat
    14.

     

    Jabatan Insolvensi Malaysia / Pelikuidasi Swasta Ahli Mesyuarat
     15. Jawatankuasa Pembeli / Pembeli Rumah Ahli Mesyuarat
    16. Bank Ahli Mesyuarat

     

    *Kehadiran ahli tertakluk dalam mesyuarat yang dibincangkan

    • LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank.
    • LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.
    • LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
    • Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek
    • Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989
    • LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakantindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama.

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.