PERUNDANGAN SYARIAT ISLAM
10) PERUNDANGAN SYARIAT ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah di jalankan oleh pihak JAIS atau MAIS untuk menjelaskan tasawur perundangan Islam yang sebenarnya kepada non-muslims di Negeri Selangor supaya Islam phobia yang mereka hadapi dapat dihakiskan dari pemikiran mereka ?
Antara langkah – langkah yang dilaksanakan oleh JAIS dan MAIS untuk menjelaskan tasawur perundangan Islam kepada non-Muslim di Selangor ialah :-
- Mengadakan kaunter penerangan mengenai agama Islam di Kompleks-kompleks membeli-belah
- Mengadakan lawatan muhibah ke rumah ibadat pihak non-Muslim, contohnya lawatan ke gereja di Brickfield.
- Mengadakan program mengeratkan hubungan silaturahim dengan non – Muslim, antaranya :-
- Majlis berbuka puasa bersama non – Muslim
- Majlis Hi-Tea bersama CEO non – Muslim
- Mengadakan ziarah dan melaksanakan sukan / sukaneka dan beramah mesra di perkampungan orang asli.
- Mengedarkan pamflet mengenai Islam di lokasi terpilih.
- Bekerjasama dengan NGO Malaysian Muslim (MIM) dalam pelbagai program mendekati masyarakat India untuk lebih mengenali agama Islam.
- Mengadakan ziarah hospital kepada Muslim dan non-Muslim secara berjadual di 10 buah hospital di Negeri Selangor.
