Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

63) PERUNTUKAN ADUN 2018

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan semua ADUN yang telah diluluskan seluruh Selangor dan tuntutan semua ADUN yang telah dibayar.

    Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke  41/2016 yang diadakan pada 14 Disember 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 42/2016 pada 21 Disember 2016 telah meluluskan peruntukan Perkhidmatan Masyarakat kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebanyak RM1,100,000.00 dan setiap Ahli Dewan Negeri RM800,000.00.

    Sejumlah RM600,000.00 disalurkan untuk Pegawai Penyelaras yang dilantik oleh Kerajaan Negeri manakala sebanyak RM200,000.00 untuk Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan.

    Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM48,400,000.00 kepada Ahli Dewan Negeri Kerajaan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pegawai Penyelaras Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal peruntukan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5,103,077.05 telah dibelanjakan sehingga 28 Februari 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.