Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

136) PERUNTUKAN ADUN PAKATAN HARAPAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan ADUN Pakatan Harapan dari 2015-2017.

    Mulai Januari 2015 dan tahun 2016, setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diluluskan peruntukan sebanyak RM900,000.00, Ahli Dewan Negeri sebanyak RM700,000.00 dan RM200,000.00 kepada Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke39/2014 yang diadakan pada 8 Oktober 2014 dan mesyuarat ke 40/2014 yang diadakan pada 15 Oktober 2014. Manakala bagi tahun 2017, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 41/2016 yang diadakan pada 14 Disember 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 42/2016 pada 21 Disember 2016 telah meluluskan peruntukan Perkhidmatan Masyarakat kepada 13 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebanyak RM1,100,000.00 juta, dan setiap Ahli Dewan Negeri sebanyak RM800,000.00. Selain itu, sebanyak RM600,000.00 disalurkan kepada 13 Pegawai Penyelaras yang dilantik oleh Kerajaan Negeri manakala sebanyak RM200,000.00 untuk Ahli Dewan Negeri Bukan kerajaan.

    Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM131,600,000.00 juta kepada kepada Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal peruntukan tersebut selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.