Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

146) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan rakyat Negeri Selangor percaya dengan kepimpinan Pakatan Harapan, mereka telah memilih dan memberi peluang berterusan untuk mentadbir Negeri Selangor, bagi memberi perkhidmatan dan bantuan yang lebih baik, adakah peruntukan perbelanjaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dinaikkan dari Lapan Ratus Ribu Ringgit (RM800 ribu) ke Satu Juta Ringgit (RM1,000,000.00)?

    Setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) diluluskan peruntukan berjumlah RM800,000.00. Manakala bagi kawasan Dewan Negeri (Bukan Kerajaan), setiap ADN (Bukan Kerajaan) disediakan sejumlah RM200,000.00 dan Pegawai Penyelaras yang dilantik oleh Kerajaan Negeri pula disediakan peruntukan berjumlah RM600,000.00. Sejumlah RM48.4 juta telah diperuntukkan untuk menampung semua keperluan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.