Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

256) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap Ahli Dewan Negeri Pembangkang di Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya?

    Pada Disember 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2015 dengan bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’. Selaras dengan tema tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) di Negeri Selangor bagi tahun 2015 berjumlah RM41,600,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra

    Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri buat pertama kalinya telah meluluskan sejumlah RM2,400,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 12 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor untuk digunakan bagi tujuan yang sama. Kesemua peruntukan tersebut telah diperuntukkan di bawah Vot Menteri Besar dan SUK -P01/01001 – Perkhidmatan Masyarakat.

    Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah pada bulan Januari 2015 dan penggunaan peruntukan tersebut adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.