Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

218) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status penggunaan peruntukan RM200,000 Ahli Dewan Negeri Pembangkang.

    Pada Disember 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2015 dengan bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli”. Selaras dengan tema tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) di Negeri Selangor bagi tahun 2015 berjumlah RM41,600,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra

     

    Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri buat pertama kalinya telah meluluskan sejumlah RM2,400,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 12 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor untuk digunakan bagi tujuan yang sama. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah pada bulan Januari 2015 dan garis panduan penggunaan peruntukan tersebut tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015. Sehingga 30 Jun 2015, peruntukan tersebut masih belum dibelanjakan oleh mana-mana ADN Bukan Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.