Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

182) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri yang telah diguna pakai oleh Ahli Dewan Negeri Pembangkang pada tahun 2016 dan 2017.

    Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM2,600,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra rakyat mulai tahun 2015.

    Kerajaan Negeri meneruskan pemberian peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan pada tahun 2016 dan memandangkan masih tiada perbelanjaan dibuat sehingga bulan Mac 2016, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10 / 2016 yang diadakan pada 16 Mac 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 11/2016 pada 23 Mac 2016 bersetuju peruntukan pembangunan perkhidmatan masyarakat berjumlah RM6,000.00 setiap bulan mulai bulan Mac 2016 hingga Disember 2016 (10 bulan) disalurkan ke akaun Pusat Perkhidmatan Masyarakat (PKM) termasuk akaun Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan bagi tujuan pengurusan pejabat melibatkan perbelanjaan berjumlah RM720,000.00 kepada 13 Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukan Kerajaan.

    Selain perbelanjaan pengurusan pejabat tersebut, sejumlah RM152,259.97 telah dibelanjakan bagi tujuan lain selaras dengan SPP 02/2015 : Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dan Ahli Dewan Negeri Selangor.

    Bagi tahun 2017 pula, tiada perbelanjaan dibuat oleh mana-mana Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukan Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.