Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

61) PERUNTUKAN BAGI MEMBAIKPULIH JETI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah jeti nelayan yang berlesen dan tidak berlesen diseluruh Negeri Selangor? Mohon nyatakan.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 7/2020 yang bersidang pada 19 Februari 2020 telah meluluskan Caj Kebenaran Bertulis Pembinaan Jeti Pendaratan Ikan. Selaras dengan keputusan MMKN ini, Luas dalam tindakan untuk mengeluarkan lesen atau kebenaran bertulis selaras dengan Seksyen 43, Enakmen LUAS ke atas jeti nelayan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sama ada melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau melalui pihak Pejabat Tanah Galian Selangor.

    Kebenaran bertulis akan dikeluarkan bagi 86 buah jeti di Bagan Sekinchan yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah melalui MMKN Bil 19/2017 bertarikh 14 Jun 2017 dan 108 buah jeti di Bagan Sungai Besar yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah melalui MMKN Bil 23/2019 bertarikh 14 Ogos 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.