Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

32) PERUNTUKAN BAGI PELAKSANAAN PELAN DAN KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di bawah Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai pelan dan kajian induk bagi pengangkutan awam bagi memperbaiki keadaan trafik di Selangor. Sila senaraikan kajian-kajian pengangkutan awam di bawah Selangor dan PBT serta dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan hasil daripada kajian-kajian ini dilaksanakan.

    Dalam memastikan jaringan jalan raya serta pengurusan trafik di Negeri Selangor lebih terancang dalam mengatasi masalah kesesakan serta mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, pelan atau kajian induk telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan juga inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan, manakala kajian trafik yang disyaratkan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya adalah keperluan yang ditetapkan di dalam pelaksanaan projek-projek menaiktaraf jalan raya.

    Antara kajian-kajian yang dilaksanakan adalah seperti di bawah:

Lampiran

Tiada Lampiran.