Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

54) PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah peruntukan bantuan sekolah kerajaan Negeri Selangor kepada sekolah tahfiz swasta tidak diselaraskan mengikut jumlah pelajar?

    Proses penilaian agihan bantuan akan dilihat di dalam beberapa aspek  seperti yang berikut  :

    1. Permohonan yang dikemukakan lengkap
    2. Rekod penerimaan bantuan pada tahun-tahun sebelumnya
    3. jumlah pelajar dan guru
    4. keadaan kewangan sekolah
    5. keadaan infrastruktur sekolah.

    Senarai permohonan yang lengkap akan di bincangkan di dalam mesyuarat penilaian bantuan sekolah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi  Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan ahlinya terdiri daripada Ahli Dewan Negeri atau Pegawai Penyelaras daripada Pusat Khidmat Masyarakat dan secretariat daripada Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia , Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selagor.

    Secara umunya, penilaian keputusan agihan bantuan sekolah dinilai berdasarkan kaedah yang telah dinyatakan. Namun begitu jumlah agihan adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.