Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

58) PERUNTUKAN DANA UNTUK GERAN-GERAN BAWAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua jenis geran-geran (e.g. Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau) yang wujud dan boleh dimohon oleh warga Selangor pada tahun 2020.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mewujudkan pelaksanaan Geran Kecil Alam Sekitar dan Geran Kecil Teknologi Hijau pada tahun 2018 dan 2019. Tujuan Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau ini diberikan adalah bagi membiayai program dan projek berkaitan konservasi alam sekitar seperti aktiviti pemuliharaan sumber air dan tenaga, pengurusan sisa atau penanaman semula tumbuh-tumbuhan serta penghasilan tenaga melalui kaedah semulajadi.

    Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 9/2019 telah bersetuju konsep geran ini ini diubah kepada konsep pertandingan pada tahun 2020 bagi memastikan penyaluran peruntukan Jawatankuasa Tetap yang lebih telus seterusnya mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kesedaran Alam Sekitar dan penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian.

Lampiran

Tiada Lampiran.