Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

221) PERUNTUKAN ICU TAHUN 2019

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) yang telah diterima untuk diuruskan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019?

    ICU JPM telah menyediakan peruntukan projek Mesra Rakyat (PMR) untuk dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen. Siling peruntukan PMR bagi setiap kawasan Parlimen yang diwakili Kerajaan Persekutuan ialah RM2.0 juta. Peruntukan ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Februari 2019.

    Peruntukan PMR adalah di bawah Peruntukan Pembangunan makanya hendaklah dibelanjakan dalam tahun semasa. YB Ahli Parlimen hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pembangunan Persekututan Negeri Selangor. Pelaksana bagi PMR adalah berdasarkan penentuan oleh YB Ahli Parlimen dengan merujuk kepada perbincangan bersama PDT bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya kelak.

    Penggunaan peruntukan PMR adalah seperti berikut:

    • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas di kawasan Parlimen mengikut keperluan setempat;
    • Pelengkap kepada rancangan pembangunan semasa; dan
    • Meningkatkan dan memantapkan pembangunan sosioekonomi di kawasan Parlimen

Lampiran

Tiada Lampiran.