Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

182) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR UNTUK KAMPUNG-KAMPUNG BARU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan infrastruktur kampung-kampung terutamanya sistem longkang telah bertahun-tahun dan ada yang telah rosak atau tidak berfungsi. Adakah kerajaan mempunyai satu program seperti MARRIS untuk membaiki atau mengaji semula semua sistem perairan atau sistem longkang?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sistem atau program seperti MARRIS yang bertujuan untuk memantau dan mengkaji semua sistem perairan atau longkang di kawasan kampung-kampung baru.

    Walau bagaimanapun, agensi teknikal kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perairan dan Saliran dan sebagainya akan menyemak keperluan menaik taraf sistem longkang sedia ada dan turut merujuk kepada MARRIS sekiranya longkang atau jalan tersebut termasuk di bawah penyelenggaraan dan peruntukan MARRIS.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan buat masa ini untuk mewujudkan satu program atau sistem khas seumpama MARRIS bagi mengkaji dan membaiki jalan dan longkang di kampung-kampung baru. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan program ini untuk pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.