Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

88) PERUNTUKAN JALAN KAMPUNG DAN KEUPAYAAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat menyediakan peruntukan kewangan untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung yang tidak mendapat peruntukan mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02007 – Penyelenggaraan Jalan Kampung untuk tahun 2015 khas untuk menaiktaraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu projek adalah tertakluk kepada keperluan serta kewajaran kos projek yang dicadangkan.

    Satu mesyuarat pelarasan juga telah diadakan oleh Jawatankuasa Tetap Luar Bandar pada 5 Mac 2015 bersama Agensi yang terlibat dalam pembangunan luar bandar termasuk semua Pejabat Daerah/Tanah. Mesyuarat tersebut diadakan untuk mendapatkan input berkaitan projek pembangunan luar bandar yang diperlukan dan mesyuarat turut bersetuju bahawa fokus utama pembangunan luar bandar diberikan untuk menaiktaraf jalan-jalan luar bandar di negeri Selangor.

     

    Sehingga Julai 2015, pihak Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan sebanyak 115 buah projek menaiktaraf jalan-jalan kampung di semua daerah negeri Selangor melibatkan peruntukan berjumlah RM8,957,507.78 dengan perincian seperti berikut:

    BIL. DAERAH JALAN
    JUMLAH PERMOHONAN PROJEK ANGGARAN KOS PROJEK  (RM)
    1 PETALING 7 702,975.00
    2 KLANG 11 710,710.00
    3 GOMBAK 8 590,250.00
    4 KUALA SELANGOR 18 1,459,350.30
    5 KUALA LANGAT 22 726,036.00
    6 HULU SELANGOR 19 606,041.48
    7 HULU LANGAT 45 2,108,751.00
    8 SEPANG 10 815,344.00
    9 SABAK BERNAM 15 1,238,050.00
    JUMLAH 155 8,957,507.78

Lampiran

Tiada Lampiran.