Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

220) PERUNTUKAN KAWASAN ADN BARISAN NASIONAL

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan kawasan yang telah diberi dan digunakan oleh ADN Barisan Nasional daripada Kerajaan Negeri Selangor sejak 2013.

    Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM2,600,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra rakyat. Peruntukan tersebut diperuntukkan di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/04001 – Perkhidmatan Masyarakat mulai tahun 2015.

    Pada tahun 2015, tiada perbelanjaan dibuat oleh ADN Bukan Kerajaan dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 30/2015 yang diadakan pada 17 September 2015 yang telah disahkan oleh MMKN ke 31/2015 pada 22 September 2015 bersetuju meluluskan penyelarasan semula peruntukan ADN Bukan Kerajaan digunakan oleh Pegawai Penyelaras ADN yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri.

    Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri meneruskan pemberian peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan dan masih tiada perbelanjaan dibuat sehingga bulan Mac 2016, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10/2016 yang diadakan pada 16 Mac 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 11/2016 pada 23 Mac 2016 bersetuju peruntukan pembangunan perkhidmatan masyarakat berjumlah RM6,000.00 setiap bulan mulai bulan Mac 2016 hingga Disember 2016 (10 bulan) disalurkan ke akaun Pusat Perkhidmatan Masyarakat (PKM) termasuk akaun 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan bagi tujuan pengurusan pejabat. Maka, sejumlah RM872,259.97 disalurkan bagi tujuan di atas.

    Bagi tahun 2017 pula, sejumlah RM39,930.00 perbelanjaan dibuat oleh seorang Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan bagi tujuan pelaksanaan projek kecil.

    Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri masih meneruskan peruntukan berjumlah RM2,600,000.00 iaitu RM200,000.00 setahun kepada setiap 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor dan telah disalurkan ke Pejabat Daerah. Selepas Pilihan raya Umum ke-14, peruntukan tersebut telah diselaraskan dengan Pejabat Daerah secara pro rata bagi tempoh bulan Jun sehingga Disember 2018 iaitu sebanyak RM116,666.67 bagi setiap lima (5) ADN Bukan  Kerajaan melibatkan keseluruhan RM583,333.35.

    Sehingga 31 Oktober 2018, sejumlah RM147,448.55 telah dibelanjakan oleh Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan iaitu RM26,718.55 untuk pengurusan pejabat dan sebanyak RM120,730.00 bagi tujuan program mesra rakyat dan sumbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.