Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

89) PERUNTUKAN KAWASAN AHLI DEWAN NEGERI (ADN)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan menyenaraikan senarai kegunaan peruntukan Ahli Dewan Negeri Selangor pada tahun 2013 setakat September 2013.

    Pada tahun 2013 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM38,240,000.00 kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMMKN) dan Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) bagi tujuan menjalankan program dan aktiviti serta tanggungjawab sebagai wakil rakyat selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2010.

     

    Berdasarkan pekeliling tersebut, perbelanjaan peruntukan yang dibenarkan adalah meliputi 5 (lima) kategori utama perbelanjaan iaitu pengurusan pejabat, pelaksanaan projek-projek kecil, sumbangan kemasyarakatan, program dan aktiviti mesra rakyat dan ubah suai pejabat serta perolehan dan lain-lain perbelanjaan.

     

    Bagi tahun 2013, sehingga September 2013, AMMKN dan ADN telah membelanjakan sejumlah RM31,219,185.65 mengikut kategori seperti jadual di bawah:

     

    JADUAL 1:

    Perbelanjaan AMMKN/ ADN Mengikut Kategori Tahun 2013 (Sehingga 30 September 2013)

     

    BIL KATEGORI RM
    1. Pengurusan pejabat 1,071,233.34
    2. Pelaksanaan projek-projek kecil 2,088,625.64
    3. Sumbangan kemasyarakatan 13,643,590.27
    4. Program dan aktiviti mesra rakyat 11,597,412.11
    5. Ubah suai pejabat 188,886.40

     

    BIL KATEGORI RM
    6. Perolehan 19,378.90
    7. Lain-lain perbelanjaan 2,610,058.99
    JUMLAH 31,219,185.65

     

    Manakala perincian perbelanjaan mengikut daerah dan ADN adalah seperti di

    LAMPIRAN.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.