Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

104) PERUNTUKAN KAWASAN DEWAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana caranya penggunaan peruntukan RM500,000.00 untuk setiap kawasan Dewan Negeri ?

    Cara penggunaan peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri adalah selaras dengan
    Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2010 iaitumengenai
    Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor.
    Peruntukan tersebut boleh digunakan untuk perkara-perkara berikut:-
    (a) Pengurusan Pejabat ADN (Tidak Melebihi RM10,000 setahun)
    Penyewaan ruang pejabat, penyewaan mesin fotostat, penyelenggaraan pejabat,
    pembayaran bil utiliti, pembelian komputer, pencetak, alat tulis, perbelanjaan
    mesyuarat serta lain-lain peralatan dan keperluan dalam pengurusan pejabat;
    (b) Projek Kecil Pembangunan (Tidak Melebihi RM20,000 Setiap Projek)
    Projek Kecil Pembangunan adalah merangkumi:-
    (i) Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (Bangunan Awam)
    berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Kementerian
    Kewangan, Bil. 2 Tahun 2007; dan
    (ii) Projek Infrastruktur Asas berdasarkan Surat Pekeliling
    Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Bil. 3 Tahun 2007.
    (c) Sumbangan Kemasyarakatan Secara Tunai (Tidak Melebihi RM10,000
    Setiap Sumbangan)
    Pemberian derma dan sumbangan sagu hati kepada rakyat miskin, warga
    emas, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, badan atau individu
    seperti persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dan tidak
    bermotifkan keuntungan, mangsa bencana, mangsa kemalangan, penghidap
    penyakit kronik dan bantuan kepada jawatankuasa masjid/surau dan rumah
    ibadat yang berdaftar. Sumbangan tunai yang diberikan bukan secara
    sumbangan bulanan tetapi diberi sekali sahaja;
    (d) Program dan Aktiviti Mesra Rakyat (Tidak Melebihi RM20,000 Setiap
    Program)
    Program turun padang, sesi dialog bersama rakyat, ziarah, program
    menceriakan kawasan sempena perayaan, program belia dan sosial,
    program-program kemasyarakatan termasuk perolehan pembelian barangbarang serta perkhidmatan; dan
    (e) Pengubahsuaian Pejabat ADN (Tidak Melebihi RM20,000 Setiap Kerja)
    Setiap ADN dibenarkan membuat kerja-kerja pengubahsuaian pejabat sekali
    sahaja setiap lima (5) tahun dengan menggunakan peruntukan ADN dan
    tidak melebihi RM20,000.
    Di samping itu juga bagi terdapat kelonggaran untuk membelanjakan
    peruntukan di luar kawasan iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    dibenarkan untuk menggunakan sehingga RM100,000 setahun bagi
    mengadakan semua aktiviti/program seperti di atas mana kala bagi ADN lain
    dibenarkan menggunakan sehingga RM50,000 setahun bagi mengadakan
    semua aktiviti/program seperti di atas kecuali bagi Projek Pembangunan Kecil
    dengan syarat ia memberi manfaat kepada majoriti penduduk kawasan ADN
    berkenaan.
    Pihak Berkuasa Negeri juga telah mewujudkan kemudahan tabung
    pendahuluan ADN yang berjumlah tidak melebihi RM30,000 pada satu-satu
    masa yang boleh digunakan oleh ADN pada bila-bila masa dengan
    keutamaan kepada sumbangan/bantuan kepada mangsa bencana alam,
    kebakaran, penghidap penyakit kronik dan kemalangan. Peruntukan ini juga
    boleh digunakan bagi tujuan seperti di para (a) hingga (e) kecuali bagi Projek
    Pembangunan Kecil.
    Pihak ADN bertanggungjawab dalam memastikan perbelanjaan peruntukan
    ADN dibelanjakan secara adil dan telus sama ada dari segi perolehan,
    perkhidmatan dan pengurusan kewangan supaya peruntukan yang disalurkan
    dapat memberi faedah kepada rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.