PERUNTUKAN KAWASAN KEPADA ADUN PEMBANGKANG

72) PERUNTUKAN KAWASAN KEPADA ADUN PEMBANGKANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan kawasan yang diperuntukkan kepada setiap ADUN pembangkang sepanjang tahun 2018?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM2,600,000.00 iaitu RM200,000.00 setahun kepada setiap 13 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra rakyat dan telah disalurkan ke Pejabat Daerah. Selepas Pilihan raya Umum ke-14, peruntukan tersebut telah diselaraskan dengan Pejabat Daerah secara pro rata bagi tempoh bulan Jun sehingga Disember 2018 iaitu sebanyak RM116,666.67 bagi setiap lima (5) ADN Bukan Kerajaan melibatkan keseluruhan RM583,333.35.

Lampiran

Tiada Lampiran.