Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

114) PERUNTUKAN KEAGAMAAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbandingan peruntukan di antara agama Islam dan bukan Islam dari tahun 2011 hingga 2016.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor telah menyediakan peruntukan Pembangunan berjumlah RM643,100,000.00 bagi tahun 2011 sehingga tahun 2016 bagi tujuan pembinaan/baikpulih masjid, sekolah agama, pejabat agama Islam dan surau. Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan bagi Hal Ehwal Selain Islam (HESI) berjumlah RM27,576,000.00 bagi tujuan baikpulih rumah ibadat dan pelaksanaan program keagamaan. Perincian peruntukan mengikut tahun adalah seperti berikut:

    TAHUN JAIS HESI
    2011 110,600,000.00 4,000,000.00
    2012 106,000,000.00 5,576,000.00
    2013 120,000,000.00 3,000,000.00
    2014 120,000,000.00 3,000,000.00
    2015 95,500,000.00 6,000,000.00
    2016 91,000,000.00 6,000,000.00
    JUMLAH 643,100,000.00 27,576,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.