PERUNTUKAN KECEMASAN MENANGANI BENCANA ALAM
7) PERUNTUKAN KECEMASAN MENANGANI BENCANA ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tindakan yang boleh dilakukan oleh mana-mana Wakil Rakyat di Negeri Selangor untuk mendapatkan tindakan serta merta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menangani masalah tersebut sebelum ianya menjadi lebih buruk?
Mana-mana wakil rakyat yang berkenaan boleh berhubung terus dengan pihak Majlis bagi memaklumkan masalah/isu berkenaan bagi membolehkan pihak majlis mengambil tindakan sewajarnya. Contohnya Majlis Perbandaran Klang (MPK) menubuhkan “Smart Service Squad(3S)”, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menubuhkan pasukan Gerakan Bencana beroperasi 24 jam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menyediakan talian.
Aduan/Hotline sebagai saluran penerimaan aduan berkaitan perkhidmatan mahupun berkaitan aduan kecemasan (bencana). Talian ini beroperasi 24 jam. Setakat ini,sekiranya berlaku sebarang kejadian bencana alam tindakan seperti berikut akan di ambil:
- Menghantar unit task force bagi memberikan bantuan awalan seperti memindahkan mangsa,membersihkan halangan serta mengawal keselamatan kawasan bencana
- Pihak Jabatan kejuruteraan akan turun bagi menilai kos yang di perlukan bagi membaiki kerosakan akibat bencana alam.
Pihak majlis akan menggunakan peruntukan khas kecemasan yang di peruntukan dan sekiranya tidak mencukupi,pihak majlis akan memohon peruntukan khas kepada kerajaan negeri / persekutuan.
