Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

244) PERUNTUKAN KEPADA PESAKIT TIBI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan keseluruhan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor bagi pesakit tibi dan nyatakan jumlah pesakit yang menghidapi tibi bagi tahun 2018 - 2019?

    (a) dan (b) dijawab bersekali ;

     

    Jumlah Pesakit TB yang didaftar bagi tahun 2018 dan 2019 adalah seperti jadual 1 berikut:

     

    Jadual 1: Jumlah Kes Mengikut  Tahun dan Kewarnegaraan

    Bil Tahun Jumlah Kes Jumlah Kes Warganegara Jumlah Kes Bukan Warganegara

     

    1 2018 5071 4438 633

     

    2 2019 5303 4623 680

     

     

    Empat (4)  daerah yang mempunyai kes tertinggi ialah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang dengan jumlah kes seperti jadual 2

    Bil Daerah Tahun
    2018 2019
    1 Petaling 1441 1557
    2 Hulu Langat 1225 1217
    3 Gombak 848 899
    4 Klang 765 772

     

    Pada tahun 2018, terdapat sebanyak 5071 kes TB telah didaftarkan di Selangor. Empat daerah telah mencatatkan kes tertinggi, iaitu di daerah Petaling (1441 kes), Hulu Langat (1225 kes), Gombak (848 kes) dan di Kelang (765 kes). Seramai  4438 orang adalah warganegara Malaysia, dan seramai 633 orang adalah bukan warganegara Malaysia. Seramai 3200 pesakit adalah lelaki manakala 1871 pesakit pula adalah wanita. Bangsa Melayu adalah tertinggi, iaitu seramai 2888 orang, dikuti oleh bangsa Cina seramai  807 orang dan India seramai 567 orang. Kes TB kanak-kanak pula adalah seramai 133 orang. Sebanyak 2906 kes adalah PTB smear positif, manakalan 1203 kes adalah PTB smear negatif manakala kes extra PTB adalah seramai 936 orang.

     

    Kesimpulan Tahun 2018

     

    1. Jumlah kes TB –
    2. Kewarganegaraan : Warganegara – 4438 orang; Bukan Warganegara – 633 orang

     

    1. Kes kanak-kanak (0 -14 tahun) – 133 kes

     

    1. Jantina : Lelaki – 3200 orang; perempuan – 1871 orang

     

    1. Bangsa : Melayu – 2888 orang; Cina – 807 orang; India – 567 orang

     

    1. Subdiagnosis : PTB smear positive –2906 kes; PTB smear negative –1203 kes; Extra PTB – 936 kes

     

    1. Empat daerah tertinggi : Petaling –1441 kes; Hulu Langat –1225 kes; Gombak –848 kes; Kelang – 765 kes

     

     

    Tahun 2019

     

    Pada tahun 2019, terdapat sebanyak 5303 kes TB telah didaftarkan di Selangor (peningkatan sebanyak 4.6%). Empat daerah telah mencatatkan kes tertinggi, iaitu di daerah Petaling (1557 kes), Hulu Langat (1217 kes), Gombak (899 kes) dan di Kelang (772 kes). Seramai  4623 orang adalah warganegara Malaysia, dan seramai 680 orang adalah bukan warganegara Malaysia. Seramai 3378 pesakit adalah lelaki manakala 1925 pesakit pula adalah wanita. Bangsa Melayu adalah tertinggi, iaitu seramai 2933 orang, dikuti oleh bangsa Cina seramai  859 orang dan India seramai 614 orang. Kes TB kanak-kanak pula adalah seramai 159 orang (peningkatan sebanyak 19.6%). Sebanyak 3006 kes adalah PTB smear positif, manakalan 1204 kes adalah PTB smear negatif manakala kes extra PTB adalah seramai 1032 orang.

     

     

    Kesimpulan Tahun 2019

     

    1. Kewarganegaraan : Warganegara – 4623 orang; Bukan Warganegara – 680 orang

     

    1. Kes kanak-kanak (0 -14 tahun) – 159 orang

     

    1. Jantina : Lelaki – 3378 orang; perempuan – 1925 orang

     

    1. Bangsa : Melayu – 2933 orang; Cina – 85 orang 9; India – 614 orang

     

    1. Subdiagnosis : PTB smear positive – 3006 kes; PTB smear negative – 1204 kes; Extra PTB – 1032 kes

     

    1. Empat daerah tertinggi = Petaling – 1557 kes; Hulu Langat – 1217 kes; Gombak – 899 kes; Kelang – 772 kes

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.