Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

313) PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI – BOMBA SUKARELA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bomba Sukarela telah banyak membantu ketika berlaku kebakaran dan sebagainya. Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi memandangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat adalah terhad.

    Sehingga kini kerajaan negeri belum mempunyai perancangan khusus bagi membantu pasukan Bomba Sukarela. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui PBT Negeri Selangor bersedia untuk membantu pihak Bomba di dalam sebarang bentuk kerjasama yang diperlukan, termasuk penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.