Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

214) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada 2017.

    Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor menerima Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM730,223,336.54 yang merangkumi;

     

    • Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS);
    • Pemberian Berdasarkan Tahap, Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP);
    • Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant);
    • Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus bagi Jabatan-Jabatan di bawah Senarai Bersama (50%);
    • Pemberian Khas kepada Kerajaan Negeri Selangor – Kehilangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya;
    • Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan;
    • Pemberian Pertambahan Hasil;
    • Pemberian (50%) Belanja Mengurus kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT) dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selagor (PPAS); dan
    • Pemberian 50% bagi Membayar Bil Elektrik (Lampu Jalan dan Lampu Isyarat).

Lampiran

Tiada Lampiran.