Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

332) PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membiayai jalan raya di Selangor. Berapakah peruntukan kerajaan pusat untuk tahun 2011,2012 dan 2013 ?

    Jumlah perbelanjaan tahunan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek jalan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    1. 2011 :RM218 juta ii.           2012          :RM300 juta
      iii.          2013   :RM353 juta

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Terdapat lima (5) projek-projek jalan yang dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan di Selangor yang merupakan projek-projek sambungan dari

    Rancangan Malaysia Kesembilan. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:-

    • Projek membina jalan pintas Bandar Rawang (RM575 juta);
    • Projek menaiktaraf jalan dari Rawang ke Bandar Tasik Puteri (Pakej 1) (RM58 juta);
    • Projek Menaiktaraf persimpangan di Pintu 2 Northport / Bandar Sultan Sulaiman di Pelabuhan Klang (RM153 juta);
    • Projek membina jejambat melintasi landasan keretapi di Jalan Pelabuhan Klang (RM191 juta); dan
    • Projek membina dan menaiktaraf Jalan Lingkaran Pulau Indah (Pakej 1, 1B dan 2) (RM267 juta).

    Untuk makluman, pihak Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan empat (4) projek-projek jalan seperti berikut untuk dilaksanakan di Negeri Selangor di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh:-

    • Projek menaiktaraf Lebuhraya Pulau Indah (RM240 juta);
    • Projek menaiktaraf sebahagian dari Jalan Persekutuan FR5 dari Tanjong Karang sehingga Hutan Melintang untuk dijadikan sebahagian dari Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (RM780 juta);
    • Projek menaiktaraf sebahagian dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi membolehkan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak dapat dibina dan beroperasi (RM102 juta); dan
    • Projek membina jalan baru dari Kampung Timah SKC ke Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung (RM8 juta),

Lampiran

Tiada Lampiran.