Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

105) PERUNTUKAN KEWANGAN KEPADA KELAB DAN PERSATUAN SUKAN SELAIN BOLASEPAK

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan kewangan yang disalurkan kepada kelab-kelab dan persatuan-persatuan sukan selain bolasepak di Negeri Selangor pada tahun 2019.

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan sejumlah RM7 juta kepada Majlis Sukan Negeri Selangor pada tahun 2019 ini bagi menjalankan program pembangunan sukan. Berikut adalah pecahan peruntukan seperti berikut:

     

    Persediaan pasukan SUKMA          :           RM3,424,000.00

    Program pembangunan                    :           RM3,576,000.00

     

    Persediaan pasukan SUKMA adalah melibatkan bantuan jurulatih dan atlet, persediaan pasukan untuk menyertai kejohanan dan latihan serta peralatan sukan. Manakala bagi program pembangunan, peruntukan terdiri daripada bantuan kepada persatuan sukan negeri, sekolah sukan, penganjuran kejohanan dan program pembangunan sukan di daerah-daerah. Selain itu, pihak Majlis juga menyediakan peruntukan untuk khidmat rawatan dan fisioterapi.

     

    Dari jumlah tersebut, RM800,000.00 untuk diagihkan kepada 39 Persatuan Sukan Negeri yang merupakan ahli gabungan dan 6 lagi persatuan yang merupakan ahli bersekutu.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.