Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

256) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah digunakan dan belum digunakan untuk tahun 2016?

    Seperti mana sedia maklum, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 600 juta sebagai Siling Peruntukan MARRIS pada tahun 2016. Dari semasa ke semasa, Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri juga menimbangkan dan meluluskan siling tambahan bagi membiayai kerja-kerja kecemasan dan kesegeraan yang dibenarkan di bawah skop MARRIS berjumlah RM 77,550,624.10. Ini menjadikan Siling Kemaskini Peruntukan MARRIS bagi tahun 2016 setakat 15 Julai 2016 sebanyak RM 677,550,624.10.

Lampiran

Tiada Lampiran.