Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

76) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perincikan apakah bidang kerja yang boleh digunakan.

    Sebagai makluman, pemberian MARRIS boleh digunakan bagi tujuan penyenggaraan Jalan Negeri secara rutin, berkala, kecemasan dan pencegahan seperti maksud Perenggan 11, Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang diperincikan seperti berikut:-

    1.Penyenggaraan rutin (berjadual)

    Kerja-kerja    penyenggaraan   rutin   adalah   kerja    penyenggaraan yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan, contohnya;

    • Penyenggaraan pavemen (tampal jalan)
    • Penyenggaraan bahu jalan
    • Kerja-kerja pemotongan rumput/lanskap
    • Penyenggaraan perabot jalan
    • Penyenggaraan pembentung dan jambatan
    • Pembersihan longkang tepi jalan
    • Penyenggaraan cerun (semula jadi dan buatan manusia)
    • Penyenggaraan jejambat/jejantas
    • Penyenggaraan terowong

    2.      Penyenggaraan Berkala

    Kerja-kerja    yang   memerlukan    pemeriksaan    dan    penilaian                       sebelum dilaksanakan, contohnya;

    • Menyenggara pavemen (menurap semula jalan)
    • Mengganti perabot jalan
    • Mengecat jalan
    • Mengganti saliran
    • Membaiki cerun (atas dan bawah)
    • Membaiki jambatan dan pembentung yang menghubungkan jalan
    • Menyenggara pokok-pokok di bahu jalan
    • Menyenggara persimpangan jalan
    • Ujian ketahanan jalan
    • Menyenggara lampu jalan dan lampu isyarat

    3.      Penyenggaraan kecemasan

    Kerja-kerja luar jangka yang memerlukan tindakan segera, contohnya;

    • Pokok tumbang
    • Tanah/cerun/tembok penahan runtuh
    • Jalan mendap
    • Kegagalan benteng
    • Pembentung dan perparitan runtuh
    • Banjir
    • Tumpahan bahan-bahan kimia, toksik, bahan konkrit atau lain-lain kerja yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang terancam secara serius

    Bagi    pembaikan   yang   melibatkan   keruntuhan   struktur            selain keruntuhan cerun, pembaikan hanya melibatkan laluan sementara.

    1. Penyenggaraan Pencegahan (preventive)

    Kerja-kerja tindakan awal yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan fungsi asal elemen jalan sedia ada yang mana kelewatan mengambil tindakan tersebut boleh menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya iaitu:-

    • Kajian cerun
    • Kajian Ketahanan Jalan
    • Kajian Lalu

Lampiran

Tiada Lampiran.