Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

209) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan MARRIS 2014 telah yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri dari Januari 2014 sehingga sekarang?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbendaharaan Negeri Selangor telah memberikan kuasa berbelanja kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan Selangor (JPS) sebagai agensi pelaksana bagi melaksanakan perolehan kerja terhadap projek-projek penyelenggaraan yang telah diperakukan sehingga 31

    Mei 2014 oleh Jawatankuasa Pentadbir MARRIS seperti perincian berikut :-

    Agensi Bil

    Projek

    Nilai Projek (RM)
    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    a)    Berdasarkan RM 3juta setiap DUN

    b)    Berdasarkan Peruntukan Panjang Jalan

    Jumlah Pihak Berkuasa Tempatan

    455

    322

    163,984,402.90

    193,413,690.20

    357,398,093.10

    Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)

    (Berdasarkan RM 500,000 setiap PDT)

    94 4,348,737.58
    Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor 240 98,774,150.00
    Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Negeri Selangor 34 3,619,700.00
    Jumlah  (RM) 1,145 464,140,680.68

    Di samping itu, Kerajaan Negeri Selangor juga terikat dengan kontrak jangka panjang penyelenggaraan Jalan Negeri selama tujuh (7) tahun dengan syarikat KPS-HCM Sdn. Bhd. yang melibatkan nilai kontrak tahunan berjumlah RM 35,000,000.00 di mana kontrak tersebut akan tamat pada 14 September 2015. Oleh yang demikian, nilai keseluruhan projek penyelenggaraan yang dirancang pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 499,140,680.68.

    Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negeri Selangor, sebanyak RM 19,183,728.77 peruntukan MARRIS tahun 2014 telah disalurkan oleh Kerajaan  Negeri kepada agensi pelaksana sepanjang tempoh Januari 2014 hingga 31 Mei 2014 seperti berikut :-

    Agensi Pelaksana Bil Projek Perbelanjaan (RM)
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 39 14,455,338.50
    Pejabat Daerah / Tanah Gombak 4 263,040.00
    Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat 15 454,576.20
    KPS-HCM Sdn Bhd (pembayaran melalui JKR Negeri Selangor) 4,010,774.07
    Jumlah Keseluruhan (RM) 58 19,183,728.77

    Baki 1,087 projek yang telah diperakukan termasuk kontrak jangka panjang dengan syarikat KPS-HCM bernilai RM 479,956,951.91 masih dalam pelaksanaan di mana penyaluran peruntukan MARRIS akan dibuat berdasarkan perakuan dan surat tuntutan dari Jabatan / Agensi.

Lampiran

Tiada Lampiran.