Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

38) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Peruntukan MARRIS yang tidak habis digunakan pada tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya dibawa ke hadapan untuk penggunaannya pada tahun 2014 dan seterusnya? Jika tidak, mengapa?

    a) Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri di bawah peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri Selangor melalui Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri. Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri ini ditubuhkan di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61). Baki pemberian yang tidak digunakan pada sesuatu tahun akan dibawa ke hadapan untuk digunakan berdasarkan peruntukan yang digariskan di dalam Arahan Amanah Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan

Lampiran

Tiada Lampiran.