PERUNTUKAN MARRIS

24) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria utama yang diambil kira dalam pemilihan kontraktor yang mendapat tender MARRIS?

    Pelantikan kontraktor bagi pelaksanaan projek MARRIS dibuat secara perolehan terbuka iaitu sama ada secara sebut harga atau tender Di dalam menetapkan pemilihan, kontraktor yang menawarkan harga terendah dan lulus semua peringkat penilaian akan dipilih untuk melaksanakan projek ini. Kaedah ini adalah selaras dengan arahan-arahan dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa di mana ianya menepati dasar perolehan Kerajaan Negeri iaitu mendapatkan nilai yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan (value for money).

Lampiran

Tiada Lampiran.