Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

42) PERUNTUKAN MARRIS DUN PAYA JARAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat beberapa kes di mana kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS bagi PBT MPS dan MBSA hanya bermula di dalam bulan September & Oktober 2016. Mengapakah berlaku kelewatan melaksanakan kerja tersebut?

    MAJLIS BANDAR RAYA SHAH ALAM

    Pihak Majlis telah mengiklankan MARRIS peruntukan DUN Paya Jaras pada 29 Mac 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri. Pemborong-pemborong telah mula membuat perancangan dan kerja-kerja menurap setelah surat tawaran daripada Majlis pada 17 Mei 2016.

    Sehingga 31 Julai 2016 kerja-kerja penurapan telah siap sepenuhnya di kawasan peruntuk MARRIS DUN Paya Jaras bagi tahun 2016.

    MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

    Terdapat 8 projek di bawah peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 projek di bawah peruntukan panjang jalan yang dilaksanakan pada bulan September 2016. Untuk makluman, projek ini dilaksanakan hasil daripada baki penjimatan peruntukan yang diberikan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) setelah 3 kali pusingan Sebutharga dan Tender yang telah dilaksanakan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

    Penggunaan baki penjimatan ini adalah bagi memastikan peruntukan yang diberikan digunakan sepenuhnya. Peratusan penggunaan peruntukan di Majlis Perbandaran Selayang telah mencapai sebanyak 99.2% daripada peruntukan yang telah diluluskan kepada Majlis Perbandaran Selayang.

Lampiran

Tiada Lampiran.